1 Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru, yang perlu diperkenalkan kepada kita semua. Ini ialah kerana konsep 1 Malaysia itu telah bersemi sejak belum merdeka dan sebelum Malaysia ditubuhkan lagi.
APATAH LAGI ANDA BUKANNYA MENGAMALKAN 1 MALAYSIA tetapi ANDA MENGAMALKAN 2 MALAYSIA!
Humanrights are the privilege of politicians
Apatah lagi kaum India, masakan mereka hendak menyokong calun-calun yang mewakili UMNO atau MCA. Calun dari MIC pun mereka tolak!
Yang mereka pilih adalah calun-calun dari parti yang peka dengan masalah mereka sebagai rakyat biasa dan tentulah isu-isu berkaitan dengan harga gula, gandum, beras, ikan, minyak, tol, harga getah, harga kelapa sawit, tariff tenaga elektrik, cukai jalan, insuran kenderaan dan sebagainya.
Tetapi apa boleh buat. BN itu adalah gabungan parti-parti perkauman. sudah tentunya mereka akan tetap memainkan isu perkauman yang akhirnya menyebabkan kemusnahan dan kehancuran BN. Lihatlah corak permainan parti pembangkang di kawasan parlimen Hulu Selangor.
Contohnya jika BN letak calun MIC, PKR pula meletakkan calun Melayu atau Cina pasti BN akan tersungkur disitu. Tengoklah sama ada Melayu Hulu Selangor masih tidur ataupun sudah tersedar yang Tapa dan Tipah tertipu selama ini oleh putera-puteri BN.
Begitu juga dari segi realitinya ujud jurang yang besar diantara golongan yang kaya dengan yang miskin. orang kaya semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. Adakah konsep 1Malaysia-Najib itu sememangnya membuat perancangan untuk membesarkan lagi jurang perbezaan itu dimana golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan yang miskin menjadi semakin miskin! Itulah realitinya 1Malaysia-Najib itu, ianya tidak sama dengan apafa yang kita fahami dan fikirkan. Ianya jauh sekali, jauh panggang dari api! BN MENGAMALKAN 2 MALAYSIA!
1MALAYSIA AND 1ISRAEL
Satu lagi perkara yang hendak dibincangkan berkenaan 1Malaysia-Najib itu, iaitu mengenai penggunaan perkataan kalimah ‘Allah’ dimana Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak yang berugama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ manakala rakyat yang berugama Kristian di Semenanjung Malaysia tidak boleh berbuat demikian.
Inikah yang dikatakan 1Malaysia? Jika 1Malaysia, kenapa rakyat Malaysia yang berugama Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ sedangkan yang di Semenanjung Malaysia tidak boleh? Kenapa? Inikah yang dikatakan 1Malaysia? Beginikah yang dikatakan 1Malaysia itu? Aduh, duh, duh. Janganlah ingat rakyat Malaysia ini bodoh. Ingatlah rakyat Malaysia bukannya bodoh bahkan sebenarnya lebih ramai yang cerdik berbanding dengan anda, Nazri Aziz.
Lagi satu perkara yang besar yang besar bertentangan dengan konsep 1 Malaysia, yang harus diketahui oleh orangramai ialah hal mengenai peruntukan dana yang diberi oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan-kerajaan negeri.
Contohnya dalam hal peruntukan dana untuk UNESCO World Heritage Cities Georgetown dan Melaka. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mendapat wang peruntukan sebanyak RM30 juta dari Kerajaan Pusat BN untuk mengekalkan dan menyelenggarakan pengurusan bandaraya Melaka manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mendapat satu sen pun untuk mengekalkan dan menyelenggarakan pengurusan bandaraya Georgetown. Beginikah rupanya 1 Malaysia?
Seterusnya dalam hal Royalti minyak untuk Negeri Kelantan juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak diamalkan oleh Kerajaan Pusat BN. Pada masa Negeri Terengganu dibawah pemerintahan PAS, Negeri Terengganu pun tidak mendapat royalti tersebut tetapi sekarang dibawah pimpinan BN, Negeri Terengganu dapat pula royalti minyaknya. Kalau Kerajaan Malaysia dibawah pimpian Najib mengamalkan konsep 1 Malaysia, dah tentunya kerajaan Negeri Kelantan dapat juga royalti minyak itu seperti mana yang Negeri Terengganu dapat. Tetapi yang jelasnya Negeri Kelantan pun dianaktirikan juga seperti Negeri Pulau Pinang! Maka dimanakah 1 Malaysia itu?
Sunday, April 18, 2010
Selanjutnya kita membincangkan konsep dan amalan 1 Malaysia di Kementerian Pelancongan. Sejurus setelah parti pembangkang memenangi 5 buah negeri selepas Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008, Kementerian Pelancongan telah menyalurkan wang peruntukan kerajaan untuk perlaksanaan program pelancongan terus kepada jabatan-jabatan kerajaan persekutuan di setiap negeri yang berada dibawah kuasa Pakatan Rakyat tetapi bukan kepada kerajaan negeri tersebut. Macam inikah yang dikatakan 1Malaysia?
Ini menyusahkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut untuk melancarkan program pelancongan negeri sebab dana dipegang oleh jabatan-jabatan kerajaan persekutuan. Walaupun perkara ini berlaku sebelum Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, namun demikian perkara yang sama ini masih berterusan juga. Inikah contoh 1 Malaysia yang kononnya dikatakan amat bagus dan amat popular tu?
Juga terdapat kakitangan kerajaan persekutuan yang malas bekerja selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri. Ini dipanggil subtle sabotage. Kakitangan kerajaan sepatutnya mestilah bertindak neutral dan must serve the Government of The Day tetapi di Malaysia tidaklah begitu. Di Malaysia kebanyakan kakitangan kerajaan ialah kakitangan BN.
Akibat dari tindakan kakitangan kerajaan persekutuan yang malas bekerja itu akan menyebabkan rakyat Malaysia yang tidak tahu menahu mengenai permainan politik akan berpendapat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dibawah pimpinannya tidak pandai mentadbir, malas dan tidak berkesan. Ianya merupakan perbuatan sabotaj yang memberi kesan yang amat buruk kepada imej Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti alternatif yang tidak ada kebolehan mengurus dan mentadbir kerajaan negeri. Oleh itu bagaimana pula hendak menawan Putrajaya? Inilah helah BN yang licik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas Perak telah dirampas oleh BN. Jadi adakah tindakan sabotaj kakitangan kerajaan itu selaras dengan konsep dan amalan 1 Malaysia?
Adakah tindakan Kerajaan Pusat BN yang menyalurkan dana dalam jumlah yang amat sedikit kepada negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat itu juga selaras dengan konsep dan amalan 1 Malaysia?
Kerajaan Pusat BN haruslah sedar dan jangan lupa yang negeri-negeri tersebut juga telah menyumbangkan cukai yang lumayan kepada Kerajaan Pusat. Dalam hal ini Kerajaan Pusat BN telah melakukan penindasan yang amat kejam terhadap kerajaan dan rakyat terutamanya rakyat yang miskin dan yang berpendapatan rendah di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
Jelaslah disini bahawa Kerajaan BN telah menganaktirikan negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat! Ya, 1 Malaysia kononnya! 1 Malaysia apa? Cakap tak serupa bikin.
BN MENGAMALKAN 2 MALAYSIA!
1st 1Malaysia just for BN and all for BN!
2nd 1Malaysia- The rest got nothing. If not agree, refer to first rule!
Terjemahan
PERTAMA: 1Malaysia HANYA UNTUK BN and KESEMUANYA HANYA UNTUK BN!
KEDUA: 1Malaysia- Yang bukan BN tak dapat apa-apa. Jika tak bersetuju, sila rujuk peraturan yang pertama!
Dengan lain perkataan,
BN MENGAMALKAN KERAJAAN MALAYSIA = KERAJAAN ISRAEL !
SATU LAGI BUKTI 1 MALAYSIA HANYALAH RETORIK TETAPI TIDAK DIPRAKTIKKAN!
Wednesday, 28 April 2010 7:58 AM

KUALA LUMPUR : Selepas slogan Presiden Umno, Najib Razak dikaitkan dengan ‘One Israel’, kini slogan itu terus diragui malah mendapat sindiran daripada nelayan di negeri Sarawak. Kejadian itu dikesan berlaku di perkampungan Telaga Air, di Kuching, Sarawak apabila nelayan di kawasan itu menaikkan papan tanda dengan kata-kata berikut;
‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, pembangunan harus dilaksanakan, kemahuan rakyat hendaklah ditunaikan.
Jambatan kami jangan dirobohkan, kehendak rakyat harus diperbaiki, tanpa rakyat tiada kerajaan,’.
Difahamkan, papan tanda itu dinaikan bagi menuntut kerajaan negeri segera membina jeti yang sesuai untuk kegunaan nelayan di kampung tersebut.
Mengulas isu itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri Sarawak, Abdul Azeez Mohamad, berkata, kutukan daripada nelayan di perkampung itu merupakan bukti jelas bahawa slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib meminggirkan rakyat miskin di negeri itu.
“Slogan 1Malaysia hanyalah slogan politik untuk menyelamatkan bahtera Umno dan Barisan Nasional yang hampir tenggelam,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.
Beliau turut memberi contoh bagaimana slogan itu hanya mementingkan kroni BN sebagaimana yang berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Beladin sebelum ini.
Menurutnya, bantuan subsidi untuk nelayan di kawasan itu bersifat terpilih dan hanya diberi kepada mereka yang menyokong Barisan Nasional.
Mengulas isu sama, mantan Ketua Polis Daerah Baram, Voon Lee Shan menuntut agar pihak berkenaan segera menyelesaikan masalah nelayan tersebut kerana ia jelas merupakan suara dan rintihan rakyat di perkampungan itu yang memerlukan pembelaan.
“Walapun sekadar tuntutan jeti untuk nelayan, kerajaan BN jangan sesekali mendiskriminasi dan menzalimi nelayan kerana itu adalah hak nelayan dan mereka berhak menuntut apa yang sepatutnya mereka terima,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di negeri itu terutamanya rakyat marhaen agar segera bangkit untuk menuntut hak mereka yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan BN.
Difahamkan, terdapat kira-kira 170 bot kecil dan hampir 30 bot besar nelayan yang menggunakan beberapa jeti termasuklah jeti tradisi sedia ada yang usang di perkampungan itu.
ULASAN: Jika segala-galanya hanya untuk kroni BN maka ternyatalah itu bukannya "1 Malaysia" tetapi "1 Malaysia ala One Israel"
BUKTI TERBARU: BN TIDAK MEMPRAKTIKKAN 1 MALAYSIA!
APA YANG UMNO/BN BAGI KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR YANG MENNGUNDI BN
SEDANGKAN
MASYARAKAT CINA YANG TAK UNDI BN DAPAT RM3 JUTA
PUTRAJAYA 28 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan cek bernilai RM3 juta bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa sebagai menunaikan janjinya bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.
![]() |
| NAJIB Tun Razak menyampaikan cek RM3 juta kepada Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Rasa, Ng Tek Kui di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. |
Guru Besar sekolah itu, Ng Kin Mooi berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan peruntukan itu sebagaimana yang telah dijanjikan dalam pilihan raya kecil tersebut.
JADI inikah 1Malaysia yang dicanang-canangkan itu! kalau nak bagi, bagilah untuk semua dan bukannya secara terpilih! Jadi pemberian yang diberikan diatas itu dipercayai ada udang disebalik mi, mungkin udangnya ialah PRK Sibu yang sedang menanti! 1 Malaysia kononnya.
Atau mungkinkah 1 Malaysia yang dimasyhurkan itu adalah untuk memastikan 1 Malaysia BN punya! 1 Malaysia dipecah-pecahkan oleh BN! 1 Malaysia semuanya untuk BN!
1Malaysia adalah Dasar apartheid!
Buktinya;-
Politik malaysia terkini facebook: Tahu tak semua bahawa perbezaan kerajaan persekutuan dgn pembangkang ialah apa? bezanya pembangkang takda duit berbanding kerajaan persekutuan yg mana all hasil negara di bawah pena perdana menteri.. sebab tulah semua kawasan pembangkang tak dapat di bangunkan kerana kerajaan persekutuan telah menyekat kewangan mereka.. tidak adil bukan ? keh keh keh..
1MALAYSIA
Apa itu 1 Malaysia?
pastinya semuanya sama dan saksama
tidak kira apa bangsa
tidak kira apa kedudukan kita semua
tidak kira siapa kita
semuanya mempunyai hak sama rata
bukannya hanya untuk pemimpin BN segala-galanya
itulah 1 Malaysia namanya!
Apakah itu 1 Malaysia?
jika negara dan rakyat yang jadi mangsa!
jika semua hak kita dirampasnya,
jika kuasa rakyat dinafikannya,
contohnya kerajaan Negeri perak dirampasnya
menggunakan kuasa mahkamah bukannya kuasa rakyat yang sepatutnya,
Apakah itu 1 Malaysia?
jika negeri Kelantan dan rakyatnya yang jadi mangsa!
dinafikan haknya,
untuk mendapatkan royalti minyak yang sememangnya hak mereka
mengikut perjanjian dan akta PDA yang sedia ada,
Petroleum Development Act nama asalnya
Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP) nama bahasa malaysianya.
Apakah itu 1 Malaysia?
jika rakyat sana sini semuanya jadi mangsa!
cukai GST hendak diperkenalkannya,
supaya rakyat miskin membayar cukainya
sedangkan untuk kehidupan mereka pun dahlah sengsara
makan sekali sehari pun syukurnya mereka
takkan mereka hendak mengadu kepada kita
masalah mereka
hanya mereka yang tahu masalah mereka, derita mereka
tapi GST hendak diperkenalkan juga
demi untuk menjadikan golongan kaya semakin kaya
itulah 1 Malaysia namanya!
Maka sudah tiba masanya,
tiba ketika dan waktunya
bangkit kita semua
bangkit kita semua rakyat jelata
menjalankan tanggungjawab kita,
menggunakan segala kuasa kita
menyuarakan pendapat kita
selamatkan negara kita,
dari perpecahan yang nyata
akibat 1 Malaysia yang bukan 1 Malaysia
dek 1 Malaysia yang sebenarnya 2 Malaysia
negara kita tanggung jawab kita!




